Wednesday 30 October 2013

Cendawan Tiram Masak Lemak




Aku dan suami memang suka cendawan. Apa sahaja jenis cendawan aku suka. Selalunya cendawan ni masak tumis atau sup sahaja. Tapi kali ini hendak mencuba kelainan. Cendawan masak lemak kuning / lemak cili padi. Memang sedap..

CENDAWAN MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

  1. Cendawan tiram
  2. Santan 
  3. Udang (dibuang kulit badan, tinggalkan ekor sahaja)
  4. Tomato (belah 6)
  5. Bawang merah *
  6. Bawang putih *
  7. Cili padi *
  8. Serai (diketuk)
Cara-cara:
  1. Blender bahan bertanda *. Tumis bersama serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan goreng seketika.
  3. Kemudian masukkan santan dan kacau rata.
  4. Terus masukkan cendawan.
  5. Kacau sehingga mendidih.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Akhir sekali masukkan tomato.
  8. Tutup api dan sedia dihidang.

Daging Goreng


Musim raya korban ni banyaklah dapat daging kan? Hehe,,.menunya selang seli daging..daging..dan daging lagi..penambah kolekstrol dalam badan.


Aku dapat sebungkus dari emak, kemudian emak mertua juga bagi, jadi adalah dalam 2 bungkus besar juga. Orang rumah ni hanya kami sahaja, memang makan sampai kenyang ler jawabnya.

Memula cadang nak buat daging dendeng lambok berlado..tapi malas pula nk masak cili tu, sudahnya aku buat daging goreng je. Untuk resipi daging dendeng, lihat sini


DAGING GORENG

Bahan-bahan:

  1. Daging (dipotong besar2)
  2. Bawang putih (diketuk)
  3. Halia (dihiris)
  4. Bawang besar (dihiris)
  5. Cili merah
  6. Kacang panjang (dipotong-potong)
  7. Garam
Cara-cara
  1. Daging direbus dahulu (campakkan halia dan bawang putih yang diketuk) - supaya daging agak lembut.
  2. Bila daging sudah masak, angkat dan toskan. Bila sudah agak sejuk, sila ketuk2 daging (tujuannya agar daging menjadi empuk). 
  3. Lumurkan daging dengan garam dan serbuk kunyit.
  4. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan cili merah sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging dan goreng sehingga kekuningan.
  6. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan masak seketika.
  7. Sedia dihidang bersama nasi panas2.

Friday 18 October 2013

Filet Ikan Dori Bersama Sos Lemon


Hari ini pulang ke rumah, terus kejar untuk solat Asar, kemudian baring sebentar. Sejak dari semalam perut terasa sakit je..

Tetiba encik suami masuk ke dalam bilik, datang ke padaku dan mengkhabarkan "abang panggang kambing je untuk dinner..lapar sebab tghri tak makan. Nanti Yani nak makan apa?"

Okay, memandangkan aku tak makan kambing..tak bolehlah aku nak mengendeng kambing grill yg dimasak oleh encik suami...

Rasa macam tak nak makan..tapi sepanjang hari ini aku hanya makan mee goreng sahaja.. Laparlah juga perutku..heee..tgk2 dalam peti ais, masih ada lagi ikan dori ni. Buat Fish N Chip pun okay jugaklah.

Setelah banyak resipi yang aku cuba, rasanya yang ini  paling best. Kerak ikan itu sangat rangup dan sedap. seperti makan ayam KFC Spicy pula. Apabila dimakan bersama sos lemon..hmmmm!!

Kalau sebelum ni aku salut ikan dori dengan serbuk roti, tetap rangup juga tapi aku kurang enjoyyyy... Jom tgk resipi.:-

FILET IKAN DORY BERSAMA SOS LEMON

Bahan-bahan (untuk salutan)

  1. Ikan dori (kalau terlalu besar silalah potong ya)
  2. Tepung gandum
  3. Serbuk penaik
  4. Garam
  5. Air
Cara2:-
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, tambah serbuk penaik, garam dan tuang air perlahan-lahan sambil kacau.
  2. Di dalam pinggan leper, taburkan sedikit tepung gandum.
  3. Ambil ikan dori tadi, letakkan di atas tepung gandum dan ratakan depan dan belakang.
  4. Kemudian celup ikan dori tadi dengan bancuhan tepung.
  5. Setelah sebati, angkat dan letakkan semula di dalam taburan tepung gandum. 
  6. Ulangi sehingga ikan dori tadi habis.
  7. Panaskan minyak, dan goreng ikan tadi.
Bahan-bahan (untuk sos lemon)
  1. Bawang putih (dicincang)
  2. Susu segar
  3. Gula perang
  4. Jus lemon
  5. Parutan kulit lemon
  6. Lada hitam tumbuk
  7. Garam
  8. Mentega
Cara2:-
  1. Panaskan minyak. goreng bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan susu segar, gula perang, jus perahan lemon, kulit lemon dan garam. kacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan mentega dan kacau sehingga mentega larut dan kuah menjadi pekat.
Tada....sedia untuk dihidang. 

Thursday 17 October 2013

AISKRIM GORENG



Aiskrim goreng ni yang paling senang dan mudah. Dulu pernah juga buat aiskrim goreng tapi cara yg berbeza..sila rujuk sini-aiskrim goreng.

Cara yg ini paling senang dan selamat hehe...suami pun suka. Bolehlah buat banyak2 katanya..(senyum jeaku sampai ke telinga (^______________^))

Jom tengok resipi:-

AISKRIM GORENG

Bahan-bahan:

  1. Roti bantal (gardenia dan yg sewaktu dengannya)
  2. Aiskrim (perisa mengikut kesukaan)
  3. Cawan/bekas (saiz agak2 sendiri - untuk mencetak aiskrim)
Cara-cara:
  1. Letakkan sekeping roti di atas permukaan rata.
  2. Ambil aiskrim sesudu dan letakkan di atas roti tadi.
  3. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
  4. Gunakan bekas cawan tadi dan tekap kuat2.
  5. Buang lebihan roti di sekeliling cawan pencetak tadi.
  6. Simpan aiskrim di dalam perti sejuk. Kalau boleh di simpan di dalam plastik setiap satu.
  7. Jika mahu menggorang, panaskan minyak sehingga betul2 panas (nampaklah asap atas kuali tu). Keluarkan aiskrim di dalam perti sejuk dan masukkan aiskrim tadi (jangan tunggu aiskrim cair yer, proses ni xde nyah-beku hehe). Siramkan minyak di atas permukaan atas aiskrim sehingga roti bertukar warna (tidak perlu proses pembalikkan)
  8. Hola! Makan ketika masih panas...yummmyyyy!!!!

Wednesday 9 October 2013

Durian Crepe Ratu Hati



Makan durian crepe ni memang sedap. Layan jer...lebih-lebih lagi apabila semalaman dalam peti sejuk..wahhh..enak bangat!

Jom tengok resipi. Orang dah lama buat, aku baru je nak mencuba. Tiada istilah cepat atau lambat dalam menimba ilmu....

DURIAN CREPE

Bahan-Bahan (untuk kulit)

  1. 40gm tepung gandum/ tepung Hong Kong
  2. 40gm tepung ubi
  3. 20gm tepung kastard
  4. 20gm tepung jagung
  5. 2 biji telur
  6. 2sudu kecil minyak masak
  7. 2 sudu besar gula halus
  8. 80ml susu cair
  9. 300ml air
  10. Pewarna kuning
Cara-Cara:
  1. Satukan semua barang di dalam mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk. Tapis.
  2. Panaskan kuali dengan api kecil (sila dapatkan kuali non-stick yer. Sebab aku menggunakan kuali biasa maka kulitnya agak menggerutu kerana proses mengeluarkan adunan dari lekatan kuali haha).
  3. Ambil adunan sesenduk kecil dan tuang di dalam kuali.
  4. Ratakan menggunakan belakang senduk atau layangkan kuali supaya adunan melebar dan menjadi nipis. Lagi nipis lagi sedap.
  5. Masak sehingga kering. Angkat. (tidak perlu diterbalikkan)

Bahan-Bahan (untuk filling)

  1. 1 cawan non-dairy whipping cream.
  2. Isi durian (buang dari biji dan hancurkan sedikit). Filing boleh diganti mengikut kesukaan masing2.
Cara-cara:
  1. Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
Cara-Cara Membungkus
  1. Bentangkan satu keping crepe
  2. Letakkan sesudu whipping cream
  3. Letakkan isi durian di tengah.
  4. Tutup semula dengan whipping cream.
  5. Lipat crepe.
  6. Simpan di dalam peti sejuk.
  7. Sedia untuk dinikmati..Yummy!!!

Ayam Panggang Madu Ratu Hati




Resipi ni aku buat semasa aku dan encik suami tgh berdiet (hikhik berdietlah sangat kan!), jadi aku kenalah kreatif masak dengan menggunakan teknik kukus-grill-panggang gitu. So jadilah resipi ni. Sedap rasanya...betul ni tak tipu!!




AYAM PANGGANG MADU

Bahan-Bahan
  1. Ayam (Bersihkan dan potong ikut suka)
  2. 1 ulas bawang putih (kisar)
  3. 2-3 biji bawang merah (kisar)
  4. 1 inci halia (kisar)
  5. 3 sudu serbuk lada hitam (tumbuk jgn terlalu halus)
  6. Sos tiram
  7. Kicap manis
  8. Madu
  9. 2 sudu gula perang / gula pasir
  10. 2 sb herba campuran
Cara-Cara.
  1. Lumurkan ayam dengan semua bahan perapan di atas selama 2jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Kemudian panggang di dalam oven dengan api sederhana.
  3. Bila ayam dah agak-agak masak, keluarkan dan sapu ayam dengan madu (bertujuan agar ayam berkilat dan rangut kulitnya.
  4. Masukkan semula ke dalam oven dan panggang sehingga masak.
  5. Sedia untuk dihidang.
Boleh dimakan bersama sos lada hitam dan kentang goreng beserta sayur-sayuran.


Monday 27 May 2013

Tumis Sayur Kobis Cina bersama Ikan Masin

Bahan-Bahan
  1. Sayur kobis cina - bersihkan dan potong
  2. Ikan bilis - cuci sebentar dan potong2
  3. Bawang merah
  4. Cili merah
  5. Halia
  6. Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang & halia hingga garing
  2. Masukkan cili merah dan ikan masin- goreng seketika.
  3. Kemudian masukkan sayur kobis dan gaul rata.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Tutup api dan sedia dihidang.


Sate Goreng / Bakar


Sate Goreng / Bakar
Sumber: My Resipi
 

Bahan-bahan Sate
  1. 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil. 
  2. 150 g gula pasir 
  3. 100 g gula merah 
  4. 100 g madu, 2 sk garam
 Bahan kisar:- (tapi jgn terlalu halus)
  • 3 sb ketumbar biji - sangar 
  • 2 sk jintan halus - sangar 
  • 1sb lada sulah biji 
  • 6 ulas bawang putih 
  • 1/2 jari halia 
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula, garam dan madu hingga rata. Perap 1 jam atau semalaman dalam peti sejuk..
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk. Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering Saya grill sahaja, selalu balik2kan)
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang. 
Bahan-bahan Kuah Kacang
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan-Cik Mat Gebu
  1. Kacang tanah
  2. Cili kisar
  3. Serai - dititik
  4. Sedikit jus asam jawa
  5. Air
  6. Garam dan gula
Bahan kisar halus:- 
  •  Udang kering (rendam 10 minit dgn air panas dan toskan)
  • Bawang merah
  • bawang putih
  • serai - dihiris
  • 1 camca besar ketumbar
  • Lengkuas

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
  2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.  

Wednesday 15 May 2013

Hokkaido Chiffon Cup Cake


Entry ni dah lama, tapi di simpan 'draft' sahaja dahulu. Bila kemalasan melanda beginilah jadinya...

Minggu lepas, ternampak gambar Hokkaido Cupcake ni di fesbuk seorang kawan. Aku pun mintalah resipi. Nampak macam sedap. Memang sedap katanya. Aku pun google2 jugaklah resipi ni. Wah, rata2 blogger masakan semuanya dah mencuba resipi ni. Sangat2 menarik kalau dilihat gambar2 cupcake mereka. 

Aku pun tak mahu ketinggalan lah. So, hari ini aku cuba resipi ni. Keknya gebu, yelah chiffon kek kan. Buatnya sangat seronok dan senang. Yang seronoknya bila kita pipe kan kastad tu, nampaklah kek kita akan lebih gebu menggelembung sbb kastad filling tu dh memenuhi ruangan dalam kek ni.

Okay jom tengok resipi:-

HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE
Sumber : Masam Manis & Shaharahmat

Bahan-Bahan A
  1. 4 biji kuning telur
  2. 30gm gula kastor
  3. 1 sudu kecil esen vanila
  4. 40ml susu segar
  5. 40ml minyak canola - minyak makan pun okay
  6. 55 gm tepung kek
  7. 20 gm tepung kastard
  8. 1 sudu kecil baking powder
Bahan-Bahan B
  1. 4 biji putih telur
  2. 1/4 sudu kecil garam
  3. 80 gm gula kastor

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170'c. Sediakan bekas untuk kek. (Aku gunakan cawan kertas yang keras)
  2. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Ayak 3 kali.
  3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk sahaja.
  4. Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
  6. Dalam bekas lain ~ pastikan bekas dalam keadaan kering : - pukul putih telur dan garam hingga berbuih. tambahkan 80gm gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kental dan kaku (soft peaks)
  7. Ambil 1/3 adunan putih telur tadi dam masukkan dalam adunan tepung.
  8. Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.
  9. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul sehingga sempurna dengan kaedah yang sama.
  10. Tuangkan adunan dalam bekas anggaran 80% penuh
  11. Hentakkan sedikit bekas untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
  12. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. Keluarkan dari oven bila kek masak.
  13. Hentakkan bekas sekali lagi dan biarkan kek sejuk.
  14. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filing ke dalamnya dengan menggunakan piping beg.

CREAM KASTARD
By: Honey

Bahan-Bahan
  1. 1 sudu besar tepung
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 4 sudu besar gula
  4. 200ml (1 cup) susu segar
  5. 1 biji telur (L Size)
  6. 1 sudu besar mentega
  7. 1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
  2. masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata dan jangan ada yang berketul2.
  3. Masukkan telur dan kacau lagi
  4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi.
  6. masak sehingga pekat.
  7. Setiap 1 miniy lebih bawa keluar dari oven dan kacau. ulang sehingga pekat.
  8. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Nota: Adunan ini boleh juga dimasak atas dapur dengan api yang sederhana. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin. 




**************************************************

Bahan Kek

Bahan A
  1. 3 biji kuning telur
  2. 1/3 cawan minyak masak/mazola
  3. 1/3 cawan susu
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. 1/2 cawan gula pasir
  6. Sedikit asen vanila
  7. 1 cawan tepung kek diayak bersama 1 sudu teh double acting baking powder.
Bahan B
  1. 3 biji putih telur
  2. 1/3 cawan gula pasir
  3. 1/2 sudu kecil cream of tar tar.
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A. Gaulkan hingga tidak berbintil - ketepikan
  2. Untuk bahan B -
    • Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul.
    • Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga adunan menjadi meringue - stif
    •  
    • Untuk bahan B -
 3. Satukan bahan A dengan bahan B dengan cara kaup balik.
4. Masukkan ke dalam bekas.
5. Bakar pada suhu 160 darjah. Sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bahan Kastard
Kastard haruslah tidak terlalu pekat atau cair.

Bahan-Bahan
  1. 2-3 sudu besar tepung kastad
  2. 1 cawan susu
  3. Sedikit esen vanila
  4. 1/3 cawan gula kastor
  5. 1 sudu makan mentega
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega.
  2. Kacau rata baru dimasak di atas api. Terus kacau sehingga likat. (Jika terlalu cair tambahkan sedikit tepung kastad yang telah dilarutkan dengan air. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit susu)
  3. Kemudian masukkan esen vanila, kacau dan tutup api.
  4. Masukkan mentega dan terus kacau.
  5. Paipkan ke dalam kek dan sejukkan.