AISKRIM GORENG
Sumber : My Resipi
Bahan-bahan
- Aiskrim (perasa apapun sesuka hati)
- 1 biji telur (dipukul)
- 1 cawan cornflake
- 1 cawan kacang walnut (aku gunakan lebihan kacang badam yg ada)
- Minyak untuk menggoreng
- Madu
Cara-Cara
- Keluarkan aiskrim dan bentukkan bulat2 seperti bola kecil (kalau ada scoop airkrim lagi senang nak membentuknya)
- Masukkan dalam peti sejuk beku selama sekurangnya 2-3 jam.
- Campurkan cornflake dan kacang di dalam mangkuk / plastik beg.
- Ramas-ramas cornflake dan kacang tu biar hancur.
- Keluarkan aiskrim dari peti sejuk dan masukkan dalam beg plastik tadi.
- Goncang2 biar cornflake dan kacang tadi sebati menyaluti aikrim.
- Keluarkan aiskrim yang sudah beralut tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk beku semula.
- Simpan selama lebih kurang 1 jam.
- Kemudian pukul telur. Golek2kan aiskrim kedalam telur dan masukkan semula ke dalam beg plastik cornflake dan kacang tadi.
- Goncang sehingga askrim tadi bersalut keseluruhan.
- Setelah selesai masukkan semula ke dalam peti sejuk beku. Biarkan di dalam selama 1 jam atau lebih. (ulang langkah di atas sekiranya mahukan salutan itu leih tebal)
- Panaskan minyak. Goreng aiskrim lebih kurang 30 saat. (goreng sebentar sahaja. pastikan minyak panas sebelum menggoreng aiskrim.
- Curahkan madu di atasnya.
No comments:
Post a Comment