Wednesday 15 August 2012

Cornflake Ratu Hatiku


Disebabkan kerja ofis yang banyak (eh yeke?, nak salahkan keje opis lak kan) Maka ini ajelah kuih raya yang sempat aku buat. Hehe...banyak kan? Fesyen je banyak sedangkan semuanya dari sumber yang sama.

Cornflake Madu Bermanik

Bahan-bahan:-
  • 300g Cornflake
  • 1/2 buku butter
  • 1/2 cawan gula perang. 
  • 5 sudu besar madu 
  • Manik hiasan
  • Cawan kertas (saiz kecil-time nak raya benda alah ni memang akan cepat habis)
Cara-cara:-
  • Panaskan mentega dan gula perang.
  • Kacau sehingga cair.
  • Masukkan cornflake. Kemudian tuangkan madu tadi dan gaul rata.
  • Dah siap! Masukkan dalam papercup. Hiaskan dengan manik dan bakar dalam oven lebih kurang 5 minit supaya lebih garing dan melekat.

Cornflake Madu Berkismis

Cornflake ni yang paling sedap. Next year aku akan buat cornflake ini sahajalah. Caranya sama sahaja dengan cornflake madu bermanik dia atas cumanya aku campakkan kismis, buah peach kering (dipotong kecil) Kurma (dipotong kecil), kuaci matahari dan badam. Bahan-bahan (ini)  aku guna yang sedia ada (lebihan dari kudap2 yg encik suami beli) heee...tapi mmg sedaplah. Semuanya digaul sebati dan masukkan dalam papercup. Bakar dalam oven. Siap!


Cornflake Coklat

Cornflake coklat ni kesukaan anak buah aku Ain. Katanya kalau ada lebih dia nak..heheh..itu masa tahun lepas aku buat. Tapi encik suami tak berapa nak suka, katanya manis. Budak2 memanglah suka kan...

Bahan-bahan:-
  • 200g Cornflake
  • 1/2 buku coklat masakan (500gm) - dipotong kecil
  • 1 sudu gula perang
  • 1 sudu madu
  • 2 sudu peanut butter (ini optional. ambil dari MyResipi)
  • 3 sudu besar mentega.
  • Kacang badam (Sangai terlebih dahulu dan hancur2kan) - optional juga. nak letak coklat rice pun boleh ikut suka)
  • Cawan kertas 
Cara-cara
  • Panaskan mentega sehingga sedikit cair. 
  • Masukkan gula perang, madu dan peanut butter. Kacau sebati. 
  • Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil dan biarkan sehingga cair.
  • Akhirnya sekali masukkan cornflake dan kacau sehingga semua cornflake bersalut coklat.
  • Padamkan api dan masukkan cornflake ke dalam cawan kertas.
  • Tabur kacang badam yang telah dihancurkan tadi dan simpan dalm bekas kedap udara. (Cornflake coklat tak perlu masukkan ke dalam oven. Coklat itu nanti akan mengeras sendiri).
Note: Penataan cahaya gambar tak berapa nak bagus, maklumlah gunakan kamera henfon sahaja.


Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis


Hari tu encik suami pesan, nak berbuka dengan nasi lemak katanya. Jadi aku pun belilah bahan-bahan nak buat nasi lemak. Suami seperti biasa amatlah payah nak dgr kata-kata pujian dari bibirnya. Tapi dengan reaksinya aku tahu sambal nasi lemak ni mmg sedap (ahaks puji diri sendiri). Katanya nasi yang masak tak cukup hee...Okay jom tgk resipi:-

Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan Nasi (Untuk 3 orang makan)
  • 2 cawan beras
  • 1/2 cawan santan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • Secubit garam
Cara-cara
  • Gaulkan semua bahan di atas bersama beras dan masak seperti biasa.

Bahan Sambal
  • 10 tangkai cili kering - digiling berasingan
  • 5 biji bawang merah - digiling
  • 3 ulas bawang putih - digiling
  • 2 biji bawang besar - separuh digiling, separuh lagi di potong bulat
  • Segenggam ikan bilis (untuk digoreng), tinggalkan sedikit untuk ditumbuk
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan gula
Cara-cara:-
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang digiling tadi sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kering yang digiling (entah kenapa aku suka pulak giling cili tu berasingan dengan bawang) dan sedikit ikan bilis tumbuk.Tumis sehinggan garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau sehingga rata (jangan terlalu lama-nak kekalkan kerangupan ikan bilis)
Dah siap. Hidang nasi lemak bersama sambal ikan bilis, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Yummy!!!

Tuesday 14 August 2012

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah


Nasi tomato ni aku buat semalam. Semalam keluar lambar dari office. Terfikir2 gak nak masak apa. Sempat ke tak nak masak. Awal-awal dh bgthu encik suami yang aku balik lambat. Katanya dia akan cuba singgah kat Param (Pasar Ramadhan) je on the way balik rumah nanti. Syukur kerja aku siap awal sedikit. Dalam perjalanan terfikir juga nk beli ke nak masak? Akhirnya aku ambil keputusan masak nasi tomato (Resipi aku ambik dari MyResipi. Ringkas sikit. Dalam pukul 6.30 ptg sampai rumah. Maknanya aku ada lebih kurang sejam je nk siapkan hidangan berbuka. Haaa..kelam kabutlah sikit. Akhirmya terlewat sedikit dlm 10 minit. Encik suami berbuka dgn megi dululah jawabnya (^_^)

Okay, mari tengok resipi:-

Nasi Tomato (resipi aku ikut kat sini MyResipi)

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan beras (aku pakai beras biasa je) - rendam sekejap, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato - potong kecil2
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair (kalau nk guna santan pun boleh)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan (aku tk guna sbb tkde)
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 biji bawang besar (saiz sederhana) - hiris
  • 1 biji bawang putih - hiris
  • 2 sudu besar mentega
  • Bawang goreng/daun bawang - hiasan
Cara-cara:-
  • Panaskan mentega hingga cair. 
  • Tumis rempah sekawan, bersama dengan bawang besar dan bawang putih serta daun pandan tadi sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan beras dan gaul rata dalam 2-3 minit. 
  • Masukkan pula sos tomato, tomato. Kacau sebati.
  • Tuang air dan susu. kacau semula. 
  • Dah agak mendidih, bolehlah transfer masuk ke dalam periuk dan masak seperti biasa.
  • Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang.



Nasi tomato ni sedap dimakan dengan ayam masak merah. 

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:-
  • Ayam - dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam
  • Bawang merah - blender
  • Bawang putih - blender
  • Halia - blender
  • Cili kering - blender berasingan
  • Bawang besar - potong membulat.
  • 2 biji tomato - 1 biji di potong kecil2 dan sebiji lagi di potong baji. 
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 btg serai
Cara-cara:-
  • Panaskan minyak. Goreng ayam seperti biasa atau separuh masak. Angkat dan asingkan.
  • Tumis bahan rempah bersama bahan giling dan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling dan tumis sehingga garing (naik minyak)
  • Kemudian masukkan tomato yang dipotong kecil tadi. Kacau sehingga tomato larut bersama cili.
  • Masukkan sedikit sos tomato dan sos cili.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong baji.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Kacau sehingga sebati dan tutup api.



Sayur jelatah ni ringkas sahaja menggunakan bahan yang sedia ada. Kalau ditambah dengan nenas lagi sedap.

Jelatah

Bahan-bahan:-
  • Sebiji timun - belah 2 dan potong kecil
  • Bawang besar - hiris
  • Nenas (kalau ada) - hiris
Cara-cara:-
  • Campurkan timun dan bawang dalam bekas. Gaulkan dengan sedikit garam. Sedia dihidang!

Thursday 9 August 2012

Sotong Tumis Kunyit


Resipi ni sebenarnya senang sahaja. En suami yang mengajar aku masak sotong tumis kunyit ni..heee
Jom tengok resipi

Sotong Tumis Kunyit

Bahan-bahan
  • Sotong (Dibersihkan-buang kulit dan tulang) potong kecil
  • Bawang besar
  • Serai
  • Cili padi / cili merah
  • Air asam jawa
  • Tomato - hiasan
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  • Sotong dilumr dengan kunyit dan garam
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan serai
  • Masukkan sotong dan gaul rata
  • Masukkan air asam jawa. Tambah air jika inginkan kuah
  • Perasakan dengan garam
  • Masukkan cili merah dan tomato.
  • Masak sekejap dan matikan api.
Tips: Sotong (makanan laut) jangan dimasak terlalu lama, nanti akan menjadi keras.


Wednesday 8 August 2012

Agar-agar Santan Gula Merah




Hari tu teringin nak buat agar-agar ni. asyik bertunda je sebab barangnya selalu tak cukup. Lupa..hehe.. Tapi akhirnya berjaya juga.



Jom tengok resipi :-

Agar-Agar Santan Gula Merah

Bahan-Bahan
  • 1 paket agar-agar (10g) - saya guna yang 20g kemudian ambil separuh
  • 5-6 cawan air
  • 1 cawan gula putih
  • 2-3 biji gula batu
  • 1 cawan gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • Santan (dari setengah biji kelapa)
Cara-Cara
  • Masak agar-agar bersama air. Masukkan gula batu dan gula putih berserta daun pandan. 
  • Di dalam periuk yang lain. Masakkan gula merah. Kemudian tapis. Letak tepi.
  • Setelah agar-agar cair, masukkan gula merah yang ditapis tadi.
  • Kemudian masukkan santan pula ke dalam bancuhan. Kacau sehingga mendidih. 
  • Masukkan dalam bekas kesukaan anda.


Tips: 
1. Gula batu bertujuan mencantikkan agar-agar supaya tidak terlalu lembut atau terlalu keras.
2. Resipi ini tidak menggunakan telur. Kalau suka telur, hanya pukulkan telur di dalam bancuhan santan dan masak seperti di atas.

Thursday 2 August 2012

Taugeh Lada Hitam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ini resipi yang paling simple, senang dan sedap! Ala-ala teppanyaki.

Taugeh Lada Hitam

Bahan-Bahan
  1. Taugeh - dibersihkan.
  2. Lada hitam - tumbuk.
  3. Garam.
  4. Minyak - sedikit sahaja (taknk pun tak apa)
Cara-Cara

  1. Panaskan minyak sedikit. Cukup dengan hanya meratakan/menyapu minyak di kuali.
  2. Masukkan taugeh dan kacau rata (taugeh akan mengeluarkan air)
  3. Taugeh dah agak masak (Jgn sampai layu nanti tk sedap) taburkan lada hitam dan garam.
  4. Kacau rata.
  5. Bolehlah tutup api
Senang kan? Kalau korang malas dan kesuntukan masa, resipi inilah yg paling sesuai. Sayur tu boleh juga digantikan dengan sawi. 



Daging Blackpaper


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Ada macam-macam cara sebenarnya nak masak blackpaper (lada hitam) ni. Yang ini aku gilingkan bahan tumis. Lagi satu cara bahan tumis tu di hiris sahaja. Aku rasa lagi sedap pulak bila digiling sebabnya rasanya lebih terasa. Apapun bergantung kepada selera masing-masing. 

Daging Blackpaper

Bahan-Bahan
  1. Daging - potong kecil-kecil
  2. Bawang besar - giling
  3. Bawang putih - giling
  4. Halia - hiris 
  5. Lada hitam - tumbuk (dalam 2 sudu)
  6. Bawang besar - hiris bulat
  7. Cili Merah/hijau/lada banggala - mana yg adalah
  8. Tomato - potong baji
  9. Kicap
  10. Sos Tiram (kalau suka)
  11. Air
  12. Tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air (Taknak letak pun tak apa-tujuan utk memekatkan kuah)
  13. Bahan perasa (Garam/gula/aji)
  14. Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Tumiskan bahan giling bersama halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
  3. Kemudian masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika sebelum dimasukkan bawang yg dihiris baji tadi. Tunggu daging menggelegak dan masak.
  4. Masukkan sedikit sos tiram, kicap (sukatan agak-agak). Gaul sebati.
  5. Tambahkan air sedikit. Kacau lagi.
  6. Perasakan dengan bahan perasa.
  7. Kemudian masukkan cili merah/hijau/lada banggala dan tomato.
  8. Kacau sedikit dan agak mengeglegak masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
  9. Bila dh mendidih. Tutup api dan siap dihidang.

Ayam Sambal Hijau


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Resipi ni MNG yg ajar padaku. Kemudian aku nampak pula dalam buku resipi 1 Hari 1 Resipi dari Chef Hanieliza. (resipinya lebih kurang sama) Buku yang dibeli oleh en suami atas permintaan aku hehe...Besarlah harapan aku untuk memasak yg sedap2 utk suami. Aku masak ni agak banyak jadi pagi esoknya aku buatkan nasi goreng memandangkan nasi pun ada berlebih. Bawa ke pejabat dan bg kengkawan makan. Alhamdulillah habis...
Jom tengok resipi:-

Ayam Sambal Hijau


Bahan-bahan
  1. Ayam - aku suka potong agak kecil. Digaul dengan kunyit dan garam
  2. Kentang - potong memanjang. Gaul dengan kunyit dan garam juga.
  3. Suhun - potong pendek dan rendam.
  4. Bawang besar - potong gegelang
  5. Cili besar - digiling
  6. Cili padi - digiling
  7. Bawang merah - digiling
  8. Bawang putih - digiling
  9. Halia - digiling
  10. Serai - diketuk
  11. Jus perahan limau (limau yg org buat air tu limau kasturi ke limau nipis? yg itulah - aku selalu konpius)
  12. Bahan perasa (garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang dahulu.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bhn tumbuk bersama serai tadi. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan garam. Nak masukkan gula pun boleh kalau nk kurangkan pedas.
  4. Curahkan jus perahan limau. 
  5. Kacau lagi sehingga garing.
  6. Kemudian masukkan bawang besar, kacau rata.
  7. Masukkan ayam, kentang yang telah digoreng tadi bersama dengan suhun. 
  8. Kacau sebati, angkat dan hidang.

Tips: (Tips yg baru dipraktikkan semalam ) Ikut tips dari Chef Joe - Masterchef Selebriti. Bahan-bahan giling (bawang2 dan cili digoreng terlebih dahulu sebelum digiling)