Wednesday 15 August 2012

Cornflake Ratu Hatiku


Disebabkan kerja ofis yang banyak (eh yeke?, nak salahkan keje opis lak kan) Maka ini ajelah kuih raya yang sempat aku buat. Hehe...banyak kan? Fesyen je banyak sedangkan semuanya dari sumber yang sama.

Cornflake Madu Bermanik

Bahan-bahan:-
  • 300g Cornflake
  • 1/2 buku butter
  • 1/2 cawan gula perang. 
  • 5 sudu besar madu 
  • Manik hiasan
  • Cawan kertas (saiz kecil-time nak raya benda alah ni memang akan cepat habis)
Cara-cara:-
  • Panaskan mentega dan gula perang.
  • Kacau sehingga cair.
  • Masukkan cornflake. Kemudian tuangkan madu tadi dan gaul rata.
  • Dah siap! Masukkan dalam papercup. Hiaskan dengan manik dan bakar dalam oven lebih kurang 5 minit supaya lebih garing dan melekat.

Cornflake Madu Berkismis

Cornflake ni yang paling sedap. Next year aku akan buat cornflake ini sahajalah. Caranya sama sahaja dengan cornflake madu bermanik dia atas cumanya aku campakkan kismis, buah peach kering (dipotong kecil) Kurma (dipotong kecil), kuaci matahari dan badam. Bahan-bahan (ini)  aku guna yang sedia ada (lebihan dari kudap2 yg encik suami beli) heee...tapi mmg sedaplah. Semuanya digaul sebati dan masukkan dalam papercup. Bakar dalam oven. Siap!


Cornflake Coklat

Cornflake coklat ni kesukaan anak buah aku Ain. Katanya kalau ada lebih dia nak..heheh..itu masa tahun lepas aku buat. Tapi encik suami tak berapa nak suka, katanya manis. Budak2 memanglah suka kan...

Bahan-bahan:-
  • 200g Cornflake
  • 1/2 buku coklat masakan (500gm) - dipotong kecil
  • 1 sudu gula perang
  • 1 sudu madu
  • 2 sudu peanut butter (ini optional. ambil dari MyResipi)
  • 3 sudu besar mentega.
  • Kacang badam (Sangai terlebih dahulu dan hancur2kan) - optional juga. nak letak coklat rice pun boleh ikut suka)
  • Cawan kertas 
Cara-cara
  • Panaskan mentega sehingga sedikit cair. 
  • Masukkan gula perang, madu dan peanut butter. Kacau sebati. 
  • Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil dan biarkan sehingga cair.
  • Akhirnya sekali masukkan cornflake dan kacau sehingga semua cornflake bersalut coklat.
  • Padamkan api dan masukkan cornflake ke dalam cawan kertas.
  • Tabur kacang badam yang telah dihancurkan tadi dan simpan dalm bekas kedap udara. (Cornflake coklat tak perlu masukkan ke dalam oven. Coklat itu nanti akan mengeras sendiri).
Note: Penataan cahaya gambar tak berapa nak bagus, maklumlah gunakan kamera henfon sahaja.


No comments:

Post a Comment