Tuesday 18 September 2012

Puding Roti Ratu Hati


Ada lebihan roti, maka aku pun buatlah puding roti nih. Sebenarnya aku kurang suka juga makanan yang mengandungi susu. Lebih2 lagi kalau susu tu terasa je. Buat ni pun hanya utk org rumah makan. Selebihnya aku bawa ke opis. Hmmm..sekejap aje dah habis.

Susunan roti sebelum dibakar.
Puding Roti 

Bahan-bahan:-
  1. Mentega
  2. 8 keping roti (disapu mentega dan dipotong 4 - satu bahagian sahaja)
  3. 650ml susu segar
  4. 2 biji telur
  5. 3 sudu besar gula
  6. 1 sudu kecil esen vanila
  7. Kismis (suka hati berapa banyak)
Cara-cara:-
  1. Sapukan loyang dengan mentega terlebih dahulu. Susun roti yang telah disapu mentega secara bertingkat-tingkat sehingga habis. Sementara susun tu tabur2 kan kismis sekali. Letak ditepi.
  2. Di dalam bekas lain, pecahkan telur. Kacau bersama gula. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau lagi sehingga larut. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
  3. Tuangkan bahan susu tadi ke dalam loyang yang berisi roti. 
  4. Biarkan selama 5-10 minit sehingga roti menjadi lembut atau larut di dalam air susu.
  5. Bakar dalam suhu 180'C selama 25-30 minit. 
  6. Cucuk roti dengan lidi/garfu. Jika tidak melekat maknanya sudah masak.
  7. Hidang panas ataupun sejuk. 

Telur Sambal Senang Dimasak Sedap Dimakan


Kadang-kadang kita orang perempuan ni pening jugak kan kepala nak masak apa. Yalah, kalau hari-hari masakan yang sama sahaja org yang dijamu pun naik jemu. Bahkan kita yang memasak pun muak dah kan. Sesekali layan lauk yang paling simple pun best kan? Nak pulak tu dipadankan dengan nasi yang panas-panas. Wah, terangkat! Boleh bertambah-tambah. Ini salah satu resipi makanan yang ringkas, sedap dan senang.

Telur Masak Sambal.

Bahan-bahan:- (untk 3 orang makan)
  1. 3 biji telur - basuh dahulu
  2. Cili kering-digiling
  3. Bawang merah-digiling
  4. Bawang putih digiling
  5. Bawang besar-dihiris bulat
  6. Sedikit air asam jawa.
  7. Minyak untuk menggoreng
  8. Garam & gula
Cara-cara:-
  1. Telur digoreng mata kerbau. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi dan kacau rata sehingga bawang sedikit layu. (Boleh juga kalau nak masukkan sayur campur)
  6. Tutup api dan tuangkan sambal tadi di atas telur.
  7. Sedia dihidang!

Ikan Bilis Masak Asam Ibu Mertuaku


Wah, gah sungguh nama resipi ini kan? hehe..ini resipi mak mertuaku dan menjadi kesukaan encik abangku. Inilah resipi yang pertama kali aku belajar daripada ibu mertuaku. Setiap kali pulang ke kampung, jika encik abang teringin makan sesuatu maka dia hanya perlu suarakan sahaja. Sekelip mata ibunya akan menyediakan makanan kesuakaannya. Wah, begitu sekali kasih ibu kan?

Lauk ini sangat senang nak masak dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas2. Pada mulanya memang aku tidak reti nak makan pun tapi sekali rasa pasti nak lagi dan lagi..heheh..

Lauk ini jugalah yang aku masak ketika bersahur di rumah ibu bapaku sewaktu Ramadhan lepas. Tidak sangka ibu dan kakakku turut suka. Katanya mereka "Sedap jugak ikan bilis yang kau buat ni'.

Dengan bangga aku menjawab "Ha, kan? Resipi ibu mertuaku"

Agak-agak kalau korang dah bosan dengan lauk2 moden, sesekali mari cuba resepi ini, pasti terangkat.

Ikan Bilis Masak Asam

Bahan-bahan:-
  1. Ikan bilis (buang kepala, cuci sebentar dan toskan)
  2. Bawang besar (dihiris)
  3. Cili Padi (diketuk) - boleh juga guna cili besar yang dipotong memanjang.
  4. Air asam jawa.
  5. Garam
  6. Minyak untuk menggoreng.
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak (Jangan terlalu banyak) Goreng Ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan cili sehingga naik bau / layu
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan menggelegak.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Masukkan ikan bilis tadi dan segera tutup api. Gaul ikan bilis sehingga sebati. Angkat dan siap dihidang. 

Thursday 13 September 2012

Sandwich Sardin Segitiga Bermuda..



Sandwich sardin ni dibuat sebab ada lebihan sambal sardin yang aku masak hari tu. Aku buat malam tadi dan goreng pagi2 selepas Subuh. Dapatlah dalm 15 keping. Bekalkan en suami beberapa ketul untuk alas perutnya. Lebihnya untuk aku kongsi bersama rakan sepejabat.

Sandwich Sardin

Bahan-bahan

  1. Roti sandwich (Aku guna roti gardenia je)
  2. Mentega/ marjerin (tkde pun tkpe)
  3. 1 biji telur (dipukul)
  4. Sardin ( Resipinya leh tgk kat entri ini.) Untuk sandwich tidak perlu berkuah sangat.
Cara-cara
  1. Roti digelek (atau dikukus dahulu sblm digeleng - tujuannya agar apabila digoreng nanti tidak akan mengandungi minyak. Aku gelek menggunakan gelas sahaja)
  2. Sapukan permukaan roti dengan marjerin/mentega.
  3. Bentukkan segitiga. Potong kulit keras tepi roti. Bucu roti ditekan dengan menggunakan pisau (bahagian tepinya) agar inti tidak terkeluar.
  4. Pukul telur dan celup roti satu persatu. Goreng sehingga habis.
Note: Lebihan kulit roti tadi jangan dibuang. Boleh digoreng dengan cara celup kulit roti tadi dengan telur, kemudian golek2kan di atas serbuk roti dan goreng. Makan panas-panas. 
Aku gunakan lebihan kulit roti ni untuk membuat puding roti. Resipi di ....

Monday 10 September 2012

Jeli Ratu Hatiku..


Ini jeli segera sahaja. Kebetulan bungkusan jeli yang dibeli semasa raya lepas masih ada lagi. Tengok dalam peti pun ada buah mangga yang sudah sedikit lembik dan kekuningan. Jadi memang sesuailah aku nak buat jeli untuk kudap2an.

Aku gunakan jeli konnyaku. Boleh je jumpa paket jeli ni di pasaraya. Ada bermacam-macam perasa dijual. Pilihlah mengikut kesukaan anda. Kalau aku paling suka Laici dan Mangga.

Jeli Konnyaku

Bahan-bahan
  1. Jeli konnyaku perasa kesukaan anda.
  2. Buah2an yang dipotong2 kecil (aku gunakan mangga)
  3. Bekas untuk mengisi jeli
  4. Periuk (hehe)


Cara-cara
  1. Isiskan buah2an potong ke dalam bekas. 
  2. Masak jeli mengikut arahan di belakang paket jeli tu. Boleh tambah pewarna/perisa tambahan mengikut kesukaan anda. Tapi aku tak tambah apa2 pun. Begini lebih enak. Rasa manis dar jeli, bercampur dengan masam2 manis buah mangga.
  3. Isikan jeli tadi ke dalam bekas dan biarkan seketika (agak sejuk) sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 
  4. Yummyy!!!

Kentang Oregano


Ini kali kedua aku buat resipi ni. Sangat sedap. Kali pertama buat untuk sarapan pagi. Tapi tak sempat nk ambil gambar. En suami sangat suka. Semua bahan dalam resipi ini dimakan..hehehe..
Kali kedua (seperti gambar di atas) buat sedikit sahaja cuma kali ni tak berapa nak cukup bahan kerana keadaan darurat dan capai apa sahaja bahan yang ada...

Jom tengok resipi yang aku ambil berdasarkan buku dari Chef Hanieliza. Sangat senang nak memasaknya

Kentang Oregano

Bahan-bahan:-
  1. 3 biji kentang (buang kulit, potong dadu dan rebus sehingga empuk (jangan terlalu lembik). Letakkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan). Setelah empuk, angkat dan toskan.
  2. 2 sudu mentega
  3. Carrot (potong kecil)
  4. Brokoli (potong kecil)
  5. Tomato (potong kecil)
  6. Bawang besar (potong dadu)
  7. 1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
  8. 1 sudu besar oregano.
  9. Sedikit garam
Cara-cara:-
  1. Panaskan mentega sehingga cair (dengan api perlahan)
  2. Masukkan kentang yang telah direbus dan ditoskan tadi. Goreng sehingga kekuningan. 
  3. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng lagi sehingga bawang agak layu. 
  4. Masukkan semua sayur dan gaul sebati.
  5. Taburkan lada hitam. Kacau rata.
  6. Masukkan pula serbuk oregano.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Gaul sebentar dan tutup api.
  9. Sedia dihidang. 
Sangat sedap. Boleh dihidang dengan ayam panggang atau makan begitu sahaja.

Puff Pastry Daging..asal jadi.



Jumaat yang lepas, aku sbnrnya tak bercadang nak masak memandangkan en suami yg sedang diet (katanya). Maka aku pun ikut nak diet jugak. Dalam fikiran aku, nanti kalau en suami lapar, aku buatkan mee segera jelah jawapnya kan..hikss...

Sampai sahaja di rumah, selepas solat Maghrib, aku pun beritahu suami yang aku tidak masak.
Jawapan en suami 'abang tak makan dari tenghari lagi'. 

Adouissss ..kesiannya. Lantas aku nak masak apa? Nak keluarkan ayam dalam peti rasanya tk sempat nak nyah-beku.
"Masak ajelah apa yang ada dalam peti. Tapi tak nak megi" jawap en suami yang seakan memahami apa yang sedang bermain difikiranku.

Haha awal2 lagi en suami dah pesan. Aku pun dgn otak yg ligat berfikir ni berjalanlah ke dapur dan membuka peti. Tengok apa yang ada..Jeng! Jeng! Jeng! Ada lebihan kuah spaghetti. Maka aku pun macam nak buat puff pastry sahajalah. Kuah spagethi tu aku improvise sedikit mengikut kesesuaian resipi..heheh..

Jom tengok resipi:-

Bahan untuk Inti.

  1. 100g daging cincang atau burger patty (Ramly)
  2. 3 sudu besar tomato puri / 2 biji buah tomato yg masak
  3. 3 ketul cendawan butang (hiris nipis)
  4. Capsicum (potong dadu) - taknak letak pun takpe. 
  5. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  6. Minyak olive / minyak biasa pun boleh
  7. Garam
  8. Sedikit tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang didadu tadi.
  2. Kemudian masukkan daging cincang. Kalau guna daging burger, eloklah digoreng terlebih dahulu.
  3. Setelah daging masak, masukkan tomato puri/tomato dan cendawan butang dan capsicum. Gaul dan masak sehingga mendidih. 
  4. Perasakan mengikut citarasa anda.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung (supaya intinya menjadi pekat dan tidak terlalu berkuah)
  6. Tutup api dan ketepikan.
* Note : Cara memasak lebih kurang spaghetti Bolognese 

Bahan Pastry :-
  1. Pastry segera jenama Kawan 

Cara Mengadun:-
  1. Pastry yang berbentuk 4 segi dibahagikan membentuk segitiga (jangan dipotong hanya tandakan dengan pisau (gariskan). Kemudian bahagian satu lagi digores/garis tapi jangan sampai putus.
  2. Bahagian yang satu lagi diletakan bahan inti.
  3. Kemudian lipat 2 pastry tersebut dan setiap hujungnya dikelim menggunakan garfu. Kelim dengan cantik dan sempurna supaya isinya nanti tidak terkeluar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 150'C selama lebih kurang 25-30minit.
  5. Boleh dihidang panas2.

Tuesday 4 September 2012

Sambal Sardin Ratu Hatiku


Melihat lebihan nasi impit yang masih banyak semasa jamuan di pejabat, kami setiap sorang membawa pulang sedikit seorang. Sayang kan kalau nak dibiarkan begitu sahaja.

Aku pun tidak ketinggalan, mengambil beberapa potong dan juga yang masih di dalam plastik. Terfikir nak makan dengan apa ya? Sedangkan lauk semuanya dah habis. Dan keputusan pun dibuat, aku buarkan sardin sahaja untuk dimakan dengan nasi impit ni. Hehe memang sedap! Ini semua idea encik suami yang terlebih kreatif itu. Korang tak pernah kan makan nasi impit dgn sambal sardin? Cubalah..gereni terangat punya!
Jom tengok resipi sambal sardin aku yg melotopppp nih!

Sambal Sardin

Bahan-bahan:-
  1. 1 tin sardin (besar)
  2. 5-6 tangkai cili kering - blender
  3. 2 biji bawang besar - blender
  4. 1 ulas bawang putih - blender
  5. Sedikit halia - blender
  6. 1 biji bawang besar (dipotong baji)
  7. 2 biji kentang - potong kecil (kalau nak goreng dulu pun boleh)
  8. 1 biji tomato (Belah 6)
  9. Bendi
  10. Air (ukuran - 1 tin sardin)
  11. Sedikit suhun - dikerat dua dan direndam)
  12. Air asam jawa.
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblender tadi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili giling dan goreng sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa.
  4. Tuangkan sardin dalam tin dan masukkan air.
  5. Biarkan menggelegak. 
  6. Kemudian masukkan kentang. Biarkan sehingga kentang lembut (kalau dah goreng dahulu, kentang boleh masukkan kemudian)
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Kemudian masukkan pula sayur bendi, tomato dan bawang yang dipotong baji.
  9. Agak2 pekat, tambahkan sedikit lagi air.
  10. Last sekali masukkan suhun. Kacau rata.
  11. Tutup api dan sedia dihidang.

Strawberry Cheese Tart



Cheese tart ni aku buat untuk juadah berbuka puasa semasa di rumah mak aku. Tapi crust/shell nya aku dh siapkan sehari sebelum. Anak-anak buah kata sedap sangat2. Encik suami pun suka. Cuma kakak aku sahaja katanya strawberry filling tu terlalu manis. Okay, jom tengok resipi. Untuk panduan step by step klik sini

Strawberry Cheese Tart



Bahan-bahan untuk Crust/shell
  1. 170 gm marjerin
  2. 50 gm gula aising (aku takde timbang - soa agak2 dalam 1/2 cawan je)
  3. 1 biji telur - gred C
  4. 290 gm tepung gandung (sukatan secara ukuran - 1/4 dari bungkusan 1kg tepung gandum)
  5. 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:-
  1. Pukul marjerin dengan gula menggunakan senduk kayu. putar sekejap je.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung gandum (aku ayak sikit) sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Masukkan dalam plastik dan simpan lebih kurang dalam 2-3 jam dalam peti sejuk (kalau biar semalaman lagi bagus)
  5. Ambil sedikit adunan tepung dan bentukkan dalam acuan tart. Cucuk bahagian bawah dengan garfu. 
  6. bakar dalam suhu 170'C dalam 20 minit atau sehingga kekuningan.
Bahan-bahan untuk cream cheese filling
  1. 250gm cream cheese 
  2. 50gm gula kastor/gula halus
  3. 1 biji telur-gred B
  4. 1/2 sudu esen vanila
  5. Strawberry filling - aku pakai jem strawberry. Nak pakai jem apapun terpulang mengikut kesukaan. Kalau manis sangat rasanya bolehlah tambahkan sedikit air panas asal jgn cair sangat. 
Cara-cara:-
  1. Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan nampak seperti krim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar rata lagi. Letak tepi.
  3. Ambil crust /shell tadi (pastikan sejuk sebelum mengisi filling, jika tidak nanti akan tidak cantik apabila dibakar.) dan letakkan sedikit strawberry filling/jem ke dalamnya.
  4. Kemudian paipkan cream cheese di atasnya. Jangan terlalu penuh.
  5. Buat sehingga habis.
  6. Untuk hiasan. Lebihan cream cheese tadi diwarnakan dengan pewarna kesukaan. Bentukkan permukaan tart mengikut kreativiti sendiri. Aku gunakan garfu kecil (2 bilah dan tarik membentuk daun)
  7. Bakar dalam oven 170'C selama 5 minit atau sehingga masak. Sentuh cream dgn hujung jari. Jika tidak melekit tandanya sudah masak.


Shepherd Pie Ayam



Hari ini kengkawan melayu dah berpakat nak buat pot luck untuk jamuan Hari Raya. Takde paksaan, ikut keikhlasan memasing. Fikir punya fikir, apalah aku nak bawa ni kan? Makaroni bakar? hmmm..dh biasa. Belek2 buku masakan Chef Hanieliza, maka terfikir nk buat Shepherd Pai ni. Tapi yg ini ada bhn yg tiada, aku olah sendiri je mengikut keadaan semasa.
Kengkawan kata sedap (^_^) cuma encik suami kurang suka sikit.
Komen darinya:
- Lada hitam terlalu banyak.
- Kalau guna origano flakes sahaja lagi bgs katanya.
- Kalau dah guna lada hitam dalam inti, lada putih tu tk perlu atau kurangkan.
Hee....terima kasih abang atas komennya.


Jom tgk resipi:-

Shepherd Pie

Bahan-bahan inti:-
  1. 500gram daging ayam cincang (aku guna ayam sbb ada yg tk boleh mkn daging)
  2. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  3. 1 biji bawang putih (potong dadu)
  4. 1 biji tomato + 3 sudu tomato puri. (resipi asal 4 biji tomato yg masak)
  5. 1/2 biji capsicum (potong dadu) - resipi asal 1 batang karot.
  6. Cendawan butang (ikut suka nk banyak mana) - aku guna yg dalam tin sahaja, dihiris nipis.
  7. 1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  8. 1/2 sudu serbuk lada hitam
  9. Minyak 
  10. Garam / sedikit secukup rasa
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan daging ayam cincang tadi dan goreng hingga masak.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  5. Masukkan cendawan butang, tomato dan tomato puri. Kacau rata.
  6. Masukkan capsicum dan secukup rasa.
  7. Tuangkan tepung jagung bertujuan memekatkan kuah.
  8. Tutup api.
Bahan-bahan kentang:-
  1. 1 kilo kentang (dipotong kecil dan rebus dengan air dan garam)
  2. 2 sudu besar butter
  3. 1/2 cawan susu segar
  4. Sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara:-
  1. Kentang yang telah direbus, dilenyek hingga hancur.
  2. Masukkan butter, susu segar dan lada sulah ke dalam adunan kentang tadi. 
Cara membuat shepherd pai:-
  • Sediakan bekas yang sesuai. (aku gunakan cawan cup sbb itu aje yg ada..hehe. Nk pakai bekas kaserol pun boleh)
  • Masukkan  sedikit kentang ke dalam bekas (sebagai base adunan) 
  • Kemudian masukkan bahan initi tadi.
  • Tutup semula adunan dengan kentang lecek tadi.
  • Boleh dibakar pada suhu 180'C selama 30 minit. Aku gunakan 20 minit atas bawah. 10 minit atas sahaja.
  • Sedia dihidang. 
* Nak taburkan keju di atas adunan sebelum bakar pun boleh

Tart Telur Portugis..lagi sekali



Disebabkan pastry masih ada, maka aku pun buatlah lagi resipi. Memang sedap.
Jom tengok resipi.

Portuguese Egg Tart

Bahan-bahan:-
  1. Pastry (yg sudah siap-jenama kawan)
  2. 1/4 cawan gula halus (gula biasa diblender)
  3. 1/2 cawan susu segar
  4. 3 biji kuning telur
  5. 1 sudu kecil esen vanila
  6. 1/2 cawan whipping cream
  7. Keju -keju cheddar di potong2 (kalau tak nak letak pun takpe)


Cara-cara:-
  1. Satukan whipping cream, susu segar dan gula ke dalam pan/kuali. Kacau-kacau dan masak hingga suam. 
  2. Kuning telur tadi dikacau hingga rata.
  3. Angkat susu suam tadi (bahan step 1) dan masukkan kuning telur tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata.  
  4. Letakkan semua atas api dan kacau sehingga pekat. 
  5. Letakkan esen vanila dan cheese, kacau sekejap dan tutup api. 
  6. Bentukkan pastry ke dalam bekas. Cucuk dengan garfu bahagian bawah.
  7. Masukkan filing telur (jangan penuh sangat)
  8. Bakar dalam oven 180'C selama 25-30 minit.