Monday 26 November 2012

Nasi Ayam Madu



RESIPI NASI AYAM MADU
Sumber : Banyak. Antaranya Potret Kasih

Bahan-bahan (Copy + paste)
  1. 4 cawan beras siam/basmathi (aku guna beras biasa sahaja)
  2. 1 ekor ayam (dipotong 2@4) - asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup (aku potong kecil)
  3. 1 kiub ayam
  4. 1 ½ inci halia
  5. 4 ulas bawang merah
  6. 4 ulas bawang putih
  7. 4 sudu besar madu
  8. 4 sudu besar kicap manis
  9. 4 sudu makan sos tiram
  10. 2 sudu makan minyak bijan (tak ada, tak letak)
  11. air secukupnya
  12. sedikit garam
  13. 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
  14. kulit kayu manis
  15. daun pandan
Cara-cara
  1. Tumbuk garam, halia dan bawang putih hingga hancur dan lumur pada ayam. Perap sebentar.
  2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
  3. Ayam yang telah dikukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam diperap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
  4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
  5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada berasa yang tekah digoreng tadi (jumlah air bergantung pada beras yang diguna). Masak nasi seperti biasa.
  6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
  7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan dibakar di dalam oven. Boleh juga digoreng dgn minyak yg penuh. Jgn bakar/goreng terlalu lama kerana ayam sudah dikukus.
  8. Sudah masak, ayam sedia dihidang.



Untuk Sos kicap
  1. kicap manis
  2. sos tiram
  3. minyak bijan
  4. sedikit sup

Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan. Boleh juga dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk sos lada/ sos cili
  1. 8 -10 batang cili merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 3/4 inci halia
  4. 1 sudu kecil garam
  5. 3 – 4  sudu makan penuh gula
  6. 4  sudu makan cuka
  7. 1/2 cawan air masak
  8. 1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur. Sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.
** Aku masakkan dalam periuk atas api kecil sehingga mendidih.

Mee Goreng Basah


Namanya mee goreng basah tapi taklah basah mana pun heee...ala-ala lembab je gitu kut tapi sedap, terasa kuahnya tu. jom tengok resipi

MEE GORENG BASAH

Bahan-Bahan
  1. Mee kuning (1 paket) - cuci bersih dan toskan
  2. 5-6 biji cili kering *
  3. Sedikit udang kering / ikan bilis *
  4. 1 biji bawang besar *
  5. 1 ulas bawang putih * (kisar halus bahan *)
  6. Segenggam isi ayam - potong kecil
  7. Segenggam udang basah - buang kulit 
  8. Kicap pekat manis
  9. 1 biji tomato (Belah 4)
  10. Sayur sawi
  11. Sos tiram
  12. Air panas
  13. Garam
Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan udang dan gaul rata.
  4. Masukkan pula kicap, sos tiram.
  5. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
  6. Masukkan mee kuning. Gaul sebati.
  7. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan tomato. Kacau rata.
  8. Kemudian tuangkan sedikit air panas, kacau cepat2 dan tutup api.

Kentang Putar dan Gravy



Aku dah lupa di mana aku ambil resipi ni. Yang aku tahu banyaklah laman web yg aku dah layari untuk mendapatkan resipi dan tips2 untuk resipi kentang ni. Lebihan tu aku bawa ke pejabat. Sedap kata kawanku hehe..jom tengok resipi dulu

KENTANG PUTAR

Bahan-bahan

  1. 4 biji kentang (buang kulit dan potong dadu besar)
  2. 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
  3. 2 sudu besar mentega
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan susu segar
Cara-cara:-
  1. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga empuk. Toskan.
  2. Lenyek kentang sehingga hancur (boleh juga gunakan mixer)
  3. Masukkan susu segar dan mentega, kemudian gaul sebati.
  4. Masukkan pula lada hitam, lenyek2 lagi dan sebatikan.
SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
  1. 2 cawan air
  2. 1 biji bawang holland (Dicincang halus)
  3. 1 kiub pati ayam
  4. 4 sudu besar mentega
  5. 4 sudu besar tepung gandum
  6. 1 sudu besar sos tomato
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  9. 1 susu kecil kicap pekat
  10. Sedikit garam
Cara-cara
  1. Renehkan air. Masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang. 
  2. Masak hingga memdidih dengan api perlahan. Tapi air ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dengan api sederhana. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuang air rebusan tadi ke perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kuah menjadi sebati dan likat.
  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap pekat. Perasakan dengan garam. 
  6. Masak sehingga kuah pekat. Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul sebati.
  7. Sedia dihidang bersama kentang.

Aiskrim Goreng




AISKRIM GORENG
Sumber :   My Resipi

Bahan-bahan
  1. Aiskrim (perasa apapun sesuka hati)
  2. 1 biji telur (dipukul)
  3. 1 cawan cornflake
  4. 1 cawan kacang walnut (aku gunakan lebihan kacang badam yg ada)
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Madu

Cara-Cara
  1. Keluarkan aiskrim dan bentukkan bulat2 seperti bola kecil (kalau ada scoop airkrim lagi senang nak membentuknya)
  2. Masukkan dalam peti sejuk beku selama sekurangnya 2-3 jam.
  3. Campurkan cornflake dan kacang di dalam mangkuk / plastik beg.
  4. Ramas-ramas cornflake dan kacang tu biar hancur.
  5. Keluarkan aiskrim dari peti sejuk dan masukkan dalam beg plastik tadi.
  6. Goncang2 biar cornflake dan kacang tadi sebati menyaluti aikrim.
  7. Keluarkan aiskrim yang sudah beralut tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk beku semula.
  8. Simpan selama lebih kurang 1 jam.
  9. Kemudian pukul telur. Golek2kan aiskrim kedalam telur dan masukkan semula ke dalam beg plastik cornflake dan kacang tadi. 
  10. Goncang sehingga askrim tadi bersalut keseluruhan. 
  11. Setelah selesai masukkan semula ke dalam peti sejuk beku. Biarkan di dalam selama 1 jam atau lebih. (ulang langkah di atas sekiranya mahukan salutan itu leih tebal)
  12. Panaskan minyak. Goreng aiskrim lebih kurang 30 saat. (goreng sebentar sahaja. pastikan minyak panas sebelum menggoreng aiskrim.
  13. Curahkan madu di atasnya.

Daging Dendeng Berlada



Resipi Daging Dendeng Berlada

Bahan-bahan

  1. Daging 
  2. Kentang (potong dadu besar/ikut suka)
  3. Cili merah (dalam 5-6 biji) *
  4. 3 ulas bawang putih *
  5. 5 ulas bawang merah *
  6. Garam
  7. Jus limau
  8. Minyak untuk menggoreng
*Tumbuk / giling kasar - jgn terlalu halus

Bahan perapan:-
  1. Ketumbar
  2. 2cm halia
  3. 2cm kunyit / serbuk kunyit.
Cara-Cara
  1. Rebus daging hingga empuk. 
  2. Sejukkan sebentar dan hiris nipis (saiz daging jgn terlalu kecil nanti akan berderai apabila digoreng)
  3. Tumbuk daging sehingga leper.
  4. Gaul daging tadi dengan bahan perapan yang ditumbuk halus. Biarkan seketika.
  5. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga agak garing.
  6. Kemudian goreng daging tadi. angkat dan ketepikan.
  7. Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau.
  8. Perasakan dengan garam. 
  9. Kemudian masukkan pula daging dan kentang yang sudah digoreng tadi.
  10. Gaul sebati dan matikan api. 
  11. Sedia dihidang dengan nasi panas2.