Tuesday 14 August 2012

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah


Nasi tomato ni aku buat semalam. Semalam keluar lambar dari office. Terfikir2 gak nak masak apa. Sempat ke tak nak masak. Awal-awal dh bgthu encik suami yang aku balik lambat. Katanya dia akan cuba singgah kat Param (Pasar Ramadhan) je on the way balik rumah nanti. Syukur kerja aku siap awal sedikit. Dalam perjalanan terfikir juga nk beli ke nak masak? Akhirnya aku ambil keputusan masak nasi tomato (Resipi aku ambik dari MyResipi. Ringkas sikit. Dalam pukul 6.30 ptg sampai rumah. Maknanya aku ada lebih kurang sejam je nk siapkan hidangan berbuka. Haaa..kelam kabutlah sikit. Akhirmya terlewat sedikit dlm 10 minit. Encik suami berbuka dgn megi dululah jawabnya (^_^)

Okay, mari tengok resipi:-

Nasi Tomato (resipi aku ikut kat sini MyResipi)

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan beras (aku pakai beras biasa je) - rendam sekejap, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato - potong kecil2
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair (kalau nk guna santan pun boleh)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan (aku tk guna sbb tkde)
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 biji bawang besar (saiz sederhana) - hiris
  • 1 biji bawang putih - hiris
  • 2 sudu besar mentega
  • Bawang goreng/daun bawang - hiasan
Cara-cara:-
  • Panaskan mentega hingga cair. 
  • Tumis rempah sekawan, bersama dengan bawang besar dan bawang putih serta daun pandan tadi sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan beras dan gaul rata dalam 2-3 minit. 
  • Masukkan pula sos tomato, tomato. Kacau sebati.
  • Tuang air dan susu. kacau semula. 
  • Dah agak mendidih, bolehlah transfer masuk ke dalam periuk dan masak seperti biasa.
  • Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang.



Nasi tomato ni sedap dimakan dengan ayam masak merah. 

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:-
  • Ayam - dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam
  • Bawang merah - blender
  • Bawang putih - blender
  • Halia - blender
  • Cili kering - blender berasingan
  • Bawang besar - potong membulat.
  • 2 biji tomato - 1 biji di potong kecil2 dan sebiji lagi di potong baji. 
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 btg serai
Cara-cara:-
  • Panaskan minyak. Goreng ayam seperti biasa atau separuh masak. Angkat dan asingkan.
  • Tumis bahan rempah bersama bahan giling dan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling dan tumis sehingga garing (naik minyak)
  • Kemudian masukkan tomato yang dipotong kecil tadi. Kacau sehingga tomato larut bersama cili.
  • Masukkan sedikit sos tomato dan sos cili.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong baji.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Kacau sehingga sebati dan tutup api.



Sayur jelatah ni ringkas sahaja menggunakan bahan yang sedia ada. Kalau ditambah dengan nenas lagi sedap.

Jelatah

Bahan-bahan:-
  • Sebiji timun - belah 2 dan potong kecil
  • Bawang besar - hiris
  • Nenas (kalau ada) - hiris
Cara-cara:-
  • Campurkan timun dan bawang dalam bekas. Gaulkan dengan sedikit garam. Sedia dihidang!

No comments:

Post a Comment