Wednesday 9 October 2013

Durian Crepe Ratu Hati



Makan durian crepe ni memang sedap. Layan jer...lebih-lebih lagi apabila semalaman dalam peti sejuk..wahhh..enak bangat!

Jom tengok resipi. Orang dah lama buat, aku baru je nak mencuba. Tiada istilah cepat atau lambat dalam menimba ilmu....

DURIAN CREPE

Bahan-Bahan (untuk kulit)

  1. 40gm tepung gandum/ tepung Hong Kong
  2. 40gm tepung ubi
  3. 20gm tepung kastard
  4. 20gm tepung jagung
  5. 2 biji telur
  6. 2sudu kecil minyak masak
  7. 2 sudu besar gula halus
  8. 80ml susu cair
  9. 300ml air
  10. Pewarna kuning
Cara-Cara:
  1. Satukan semua barang di dalam mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk. Tapis.
  2. Panaskan kuali dengan api kecil (sila dapatkan kuali non-stick yer. Sebab aku menggunakan kuali biasa maka kulitnya agak menggerutu kerana proses mengeluarkan adunan dari lekatan kuali haha).
  3. Ambil adunan sesenduk kecil dan tuang di dalam kuali.
  4. Ratakan menggunakan belakang senduk atau layangkan kuali supaya adunan melebar dan menjadi nipis. Lagi nipis lagi sedap.
  5. Masak sehingga kering. Angkat. (tidak perlu diterbalikkan)

Bahan-Bahan (untuk filling)

  1. 1 cawan non-dairy whipping cream.
  2. Isi durian (buang dari biji dan hancurkan sedikit). Filing boleh diganti mengikut kesukaan masing2.
Cara-cara:
  1. Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
Cara-Cara Membungkus
  1. Bentangkan satu keping crepe
  2. Letakkan sesudu whipping cream
  3. Letakkan isi durian di tengah.
  4. Tutup semula dengan whipping cream.
  5. Lipat crepe.
  6. Simpan di dalam peti sejuk.
  7. Sedia untuk dinikmati..Yummy!!!

No comments:

Post a Comment