Cheese tart ni aku buat untuk juadah berbuka puasa semasa di rumah mak aku. Tapi crust/shell nya aku dh siapkan sehari sebelum. Anak-anak buah kata sedap sangat2. Encik suami pun suka. Cuma kakak aku sahaja katanya strawberry filling tu terlalu manis. Okay, jom tengok resipi. Untuk panduan step by step klik sini
Strawberry Cheese Tart
Bahan-bahan untuk Crust/shell
- 170 gm marjerin
- 50 gm gula aising (aku takde timbang - soa agak2 dalam 1/2 cawan je)
- 1 biji telur - gred C
- 290 gm tepung gandung (sukatan secara ukuran - 1/4 dari bungkusan 1kg tepung gandum)
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:-
- Pukul marjerin dengan gula menggunakan senduk kayu. putar sekejap je.
- Masukkan telur dan esen vanila. Gaul lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung gandum (aku ayak sikit) sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
- Masukkan dalam plastik dan simpan lebih kurang dalam 2-3 jam dalam peti sejuk (kalau biar semalaman lagi bagus)
- Ambil sedikit adunan tepung dan bentukkan dalam acuan tart. Cucuk bahagian bawah dengan garfu.
- bakar dalam suhu 170'C dalam 20 minit atau sehingga kekuningan.
Bahan-bahan untuk cream cheese filling
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor/gula halus
- 1 biji telur-gred B
- 1/2 sudu esen vanila
- Strawberry filling - aku pakai jem strawberry. Nak pakai jem apapun terpulang mengikut kesukaan. Kalau manis sangat rasanya bolehlah tambahkan sedikit air panas asal jgn cair sangat.
Cara-cara:-
- Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan nampak seperti krim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar rata lagi. Letak tepi.
- Ambil crust /shell tadi (pastikan sejuk sebelum mengisi filling, jika tidak nanti akan tidak cantik apabila dibakar.) dan letakkan sedikit strawberry filling/jem ke dalamnya.
- Kemudian paipkan cream cheese di atasnya. Jangan terlalu penuh.
- Buat sehingga habis.
- Untuk hiasan. Lebihan cream cheese tadi diwarnakan dengan pewarna kesukaan. Bentukkan permukaan tart mengikut kreativiti sendiri. Aku gunakan garfu kecil (2 bilah dan tarik membentuk daun)
- Bakar dalam oven 170'C selama 5 minit atau sehingga masak. Sentuh cream dgn hujung jari. Jika tidak melekit tandanya sudah masak.
No comments:
Post a Comment