Ini jeli segera sahaja. Kebetulan bungkusan jeli yang dibeli semasa raya lepas masih ada lagi. Tengok dalam peti pun ada buah mangga yang sudah sedikit lembik dan kekuningan. Jadi memang sesuailah aku nak buat jeli untuk kudap2an.
Aku gunakan jeli konnyaku. Boleh je jumpa paket jeli ni di pasaraya. Ada bermacam-macam perasa dijual. Pilihlah mengikut kesukaan anda. Kalau aku paling suka Laici dan Mangga.
Jeli Konnyaku
Bahan-bahan
- Jeli konnyaku perasa kesukaan anda.
- Buah2an yang dipotong2 kecil (aku gunakan mangga)
- Bekas untuk mengisi jeli
- Periuk (hehe)
Cara-cara
- Isiskan buah2an potong ke dalam bekas.
- Masak jeli mengikut arahan di belakang paket jeli tu. Boleh tambah pewarna/perisa tambahan mengikut kesukaan anda. Tapi aku tak tambah apa2 pun. Begini lebih enak. Rasa manis dar jeli, bercampur dengan masam2 manis buah mangga.
- Isikan jeli tadi ke dalam bekas dan biarkan seketika (agak sejuk) sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
- Yummyy!!!
No comments:
Post a Comment