Sandwich sardin ni dibuat sebab ada lebihan sambal sardin yang aku masak hari tu. Aku buat malam tadi dan goreng pagi2 selepas Subuh. Dapatlah dalm 15 keping. Bekalkan en suami beberapa ketul untuk alas perutnya. Lebihnya untuk aku kongsi bersama rakan sepejabat.
Sandwich Sardin
Bahan-bahan
- Roti sandwich (Aku guna roti gardenia je)
- Mentega/ marjerin (tkde pun tkpe)
- 1 biji telur (dipukul)
- Sardin ( Resipinya leh tgk kat entri ini.) Untuk sandwich tidak perlu berkuah sangat.
Cara-cara
- Roti digelek (atau dikukus dahulu sblm digeleng - tujuannya agar apabila digoreng nanti tidak akan mengandungi minyak. Aku gelek menggunakan gelas sahaja)
- Sapukan permukaan roti dengan marjerin/mentega.
- Bentukkan segitiga. Potong kulit keras tepi roti. Bucu roti ditekan dengan menggunakan pisau (bahagian tepinya) agar inti tidak terkeluar.
- Pukul telur dan celup roti satu persatu. Goreng sehingga habis.
Note: Lebihan kulit roti tadi jangan dibuang. Boleh digoreng dengan cara celup kulit roti tadi dengan telur, kemudian golek2kan di atas serbuk roti dan goreng. Makan panas-panas.
Aku gunakan lebihan kulit roti ni untuk membuat puding roti. Resipi di ....
No comments:
Post a Comment