Aku dan suami memang suka cendawan. Apa sahaja jenis cendawan aku suka. Selalunya cendawan ni masak tumis atau sup sahaja. Tapi kali ini hendak mencuba kelainan. Cendawan masak lemak kuning / lemak cili padi. Memang sedap..
CENDAWAN MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
- Cendawan tiram
- Santan
- Udang (dibuang kulit badan, tinggalkan ekor sahaja)
- Tomato (belah 6)
- Bawang merah *
- Bawang putih *
- Cili padi *
- Serai (diketuk)
Cara-cara:
- Blender bahan bertanda *. Tumis bersama serai sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Kemudian masukkan santan dan kacau rata.
- Terus masukkan cendawan.
- Kacau sehingga mendidih.
- Perasakan dengan garam.
- Akhir sekali masukkan tomato.
- Tutup api dan sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment