Wah, gah sungguh nama resipi ini kan? hehe..ini resipi mak mertuaku dan menjadi kesukaan encik abangku. Inilah resipi yang pertama kali aku belajar daripada ibu mertuaku. Setiap kali pulang ke kampung, jika encik abang teringin makan sesuatu maka dia hanya perlu suarakan sahaja. Sekelip mata ibunya akan menyediakan makanan kesuakaannya. Wah, begitu sekali kasih ibu kan?
Lauk ini sangat senang nak masak dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas2. Pada mulanya memang aku tidak reti nak makan pun tapi sekali rasa pasti nak lagi dan lagi..heheh..
Lauk ini jugalah yang aku masak ketika bersahur di rumah ibu bapaku sewaktu Ramadhan lepas. Tidak sangka ibu dan kakakku turut suka. Katanya mereka "Sedap jugak ikan bilis yang kau buat ni'.
Dengan bangga aku menjawab "Ha, kan? Resipi ibu mertuaku"
Agak-agak kalau korang dah bosan dengan lauk2 moden, sesekali mari cuba resepi ini, pasti terangkat.
Ikan Bilis Masak Asam
Bahan-bahan:-
- Ikan bilis (buang kepala, cuci sebentar dan toskan)
- Bawang besar (dihiris)
- Cili Padi (diketuk) - boleh juga guna cili besar yang dipotong memanjang.
- Air asam jawa.
- Garam
- Minyak untuk menggoreng.
Cara-Cara:-
- Panaskan minyak (Jangan terlalu banyak) Goreng Ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar dan cili sehingga naik bau / layu
- Masukkan air asam jawa. Biarkan menggelegak.
- Perasakan dengan garam.
- Masukkan ikan bilis tadi dan segera tutup api. Gaul ikan bilis sehingga sebati. Angkat dan siap dihidang.
No comments:
Post a Comment