Monday, 10 September 2012

Kentang Oregano


Ini kali kedua aku buat resipi ni. Sangat sedap. Kali pertama buat untuk sarapan pagi. Tapi tak sempat nk ambil gambar. En suami sangat suka. Semua bahan dalam resipi ini dimakan..hehehe..
Kali kedua (seperti gambar di atas) buat sedikit sahaja cuma kali ni tak berapa nak cukup bahan kerana keadaan darurat dan capai apa sahaja bahan yang ada...

Jom tengok resipi yang aku ambil berdasarkan buku dari Chef Hanieliza. Sangat senang nak memasaknya

Kentang Oregano

Bahan-bahan:-
  1. 3 biji kentang (buang kulit, potong dadu dan rebus sehingga empuk (jangan terlalu lembik). Letakkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan). Setelah empuk, angkat dan toskan.
  2. 2 sudu mentega
  3. Carrot (potong kecil)
  4. Brokoli (potong kecil)
  5. Tomato (potong kecil)
  6. Bawang besar (potong dadu)
  7. 1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
  8. 1 sudu besar oregano.
  9. Sedikit garam
Cara-cara:-
  1. Panaskan mentega sehingga cair (dengan api perlahan)
  2. Masukkan kentang yang telah direbus dan ditoskan tadi. Goreng sehingga kekuningan. 
  3. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng lagi sehingga bawang agak layu. 
  4. Masukkan semua sayur dan gaul sebati.
  5. Taburkan lada hitam. Kacau rata.
  6. Masukkan pula serbuk oregano.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Gaul sebentar dan tutup api.
  9. Sedia dihidang. 
Sangat sedap. Boleh dihidang dengan ayam panggang atau makan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment