Ada lebihan roti, maka aku pun buatlah puding roti nih. Sebenarnya aku kurang suka juga makanan yang mengandungi susu. Lebih2 lagi kalau susu tu terasa je. Buat ni pun hanya utk org rumah makan. Selebihnya aku bawa ke opis. Hmmm..sekejap aje dah habis.
Susunan roti sebelum dibakar. |
Bahan-bahan:-
- Mentega
- 8 keping roti (disapu mentega dan dipotong 4 - satu bahagian sahaja)
- 650ml susu segar
- 2 biji telur
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- Kismis (suka hati berapa banyak)
Cara-cara:-
- Sapukan loyang dengan mentega terlebih dahulu. Susun roti yang telah disapu mentega secara bertingkat-tingkat sehingga habis. Sementara susun tu tabur2 kan kismis sekali. Letak ditepi.
- Di dalam bekas lain, pecahkan telur. Kacau bersama gula. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau lagi sehingga larut. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
- Tuangkan bahan susu tadi ke dalam loyang yang berisi roti.
- Biarkan selama 5-10 minit sehingga roti menjadi lembut atau larut di dalam air susu.
- Bakar dalam suhu 180'C selama 25-30 minit.
- Cucuk roti dengan lidi/garfu. Jika tidak melekat maknanya sudah masak.
- Hidang panas ataupun sejuk.