Hari ini pulang ke rumah, terus kejar untuk solat Asar, kemudian baring sebentar. Sejak dari semalam perut terasa sakit je..
Tetiba encik suami masuk ke dalam bilik, datang ke padaku dan mengkhabarkan "abang panggang kambing je untuk dinner..lapar sebab tghri tak makan. Nanti Yani nak makan apa?"
Okay, memandangkan aku tak makan kambing..tak bolehlah aku nak mengendeng kambing grill yg dimasak oleh encik suami...
Rasa macam tak nak makan..tapi sepanjang hari ini aku hanya makan mee goreng sahaja.. Laparlah juga perutku..heee..tgk2 dalam peti ais, masih ada lagi ikan dori ni. Buat Fish N Chip pun okay jugaklah.
Setelah banyak resipi yang aku cuba, rasanya yang ini paling best. Kerak ikan itu sangat rangup dan sedap. seperti makan ayam KFC Spicy pula. Apabila dimakan bersama sos lemon..hmmmm!!
Kalau sebelum ni aku salut ikan dori dengan serbuk roti, tetap rangup juga tapi aku kurang enjoyyyy... Jom tgk resipi.:-
FILET IKAN DORY BERSAMA SOS LEMON
Bahan-bahan (untuk salutan)
- Ikan dori (kalau terlalu besar silalah potong ya)
- Tepung gandum
- Serbuk penaik
- Garam
- Air
Cara2:-
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, tambah serbuk penaik, garam dan tuang air perlahan-lahan sambil kacau.
- Di dalam pinggan leper, taburkan sedikit tepung gandum.
- Ambil ikan dori tadi, letakkan di atas tepung gandum dan ratakan depan dan belakang.
- Kemudian celup ikan dori tadi dengan bancuhan tepung.
- Setelah sebati, angkat dan letakkan semula di dalam taburan tepung gandum.
- Ulangi sehingga ikan dori tadi habis.
- Panaskan minyak, dan goreng ikan tadi.
Bahan-bahan (untuk sos lemon)
- Bawang putih (dicincang)
- Susu segar
- Gula perang
- Jus lemon
- Parutan kulit lemon
- Lada hitam tumbuk
- Garam
- Mentega
Cara2:-
- Panaskan minyak. goreng bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan susu segar, gula perang, jus perahan lemon, kulit lemon dan garam. kacau sehingga rata.
- Kemudian masukkan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan mentega dan kacau sehingga mentega larut dan kuah menjadi pekat.
Tada....sedia untuk dihidang.