Monday, 18 June 2012

Sambal Jering

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Siapa suka makan jering? Sila angkat tangan!

Tak suka? Baunya tk sedap? Heee...mmg rugi..ahaks.

Jering ni sesekali layan memang best. Tapi kalau selalu pun tk elok juga ya. Bukan apa, takut nanti bau jering tu asyik mengikut korang je hehe...

Hari tu balik Sg Buaya, sempatlah jugak aku dan kakak ipar mengait jering. Kait jering uolssss.. Tak pernah2 aku buat, kali ni aku ikut sekali..korang ado? Heh aku pun dh mengikut cara Azwan Ali dalam masterChef pulak (Sbnrnya gelagat AA tu mengundang ketawa juga)

Okaylah tkmoh citer byk, mari tgk resipi:-


Sambal Jering

Bahan-bahan 
  1. Jering (Buka kulit, buka kulit lapisan dalam dan belah 2)
  2. Ikan bilis - goreng garing dahulu
  3. Cili kering - digiling berasingan
  4. Bawang merah - digiling
  5. Bawang putih - digiling
  6. Bawang bersa - hiris gegelang
  7. Air asam jawa
  8. Garam/gula
Cara-cara
  1. Panaskan minyak utk menggoreng ikan bilis. Jering kalau nk digoreng dulu pun okay, tapi yg ini aku tk goreng dulu. Ketepikan.
  2. Tumis bawang giling tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  5. Kemudian masukkan bwg besar yg dipotong gegelang tadi. Gaul rata.
  6. Kemudian masukkan jering tadi. Biarkan menggelegak seketika.
  7. Last sekali masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Tutup api dan hidang!

Wednesday, 13 June 2012

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari itu aku masak sambal udang petai ni. Sebabnya MNG teringin katanya nak makan petai. Kebetulan udang memang dah ada dalam peti sejuk, maka jadilah resipi ini. Tak habis makan hari itu, esoknya aku bawa ke pejabat. Makan beramai2 dengan kengkawan. Alhamdulillah, sehingga menjilat jari..kuikui
Jom tengok resipi:-

Sambal Udang Petai


Bahan-bahan
  1. Udang - dibuang kepala dan kulit bahagian badan (kulit ni direbus sehingga menghasilkan stok udang) Tinggalkan sedikit di bahagian ekor. Motifnya supaya  nampak lawa sikit kut hahaha
  2. Petai - buang kulit dan belah dua. aku beli petai yg sudah siap dikupas.
  3. Bawang besar (potong gegelang)
  4. Bawang merah - digiling
  5. Bawang putih - digiling
  6. Sedikit udang kering - digiling
  7. Cili kering - digiling berasingan atau cili kisar
  8. Air asam jawa
  9. Bahan perasa (Garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Kacau lagi sehingga terbit minyak
  5. Masukkan sedikit air rebusan kulit udang tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan petai dan bawang besar, gaul hingga sebati.
  8. Masukkan pula udang dan goreng sebentar. 
  9. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.
Tips: Selalunya aku akan gorengkan dahulu udang dan petai separuh masak.