Thursday, 29 September 2011

Kentang Bakar

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Nyum..Nyumm..Yummy...

Hee nampaknya n3 dalam blog aku ni mula dihiasi dengan resipi masakan. Haha, okaylah tu kan. Tengah semangat nak belajar memasak ni. Kalau ada kelapangan mulalah aku google2 resipi yang menarik. Tapi seriusly masakan kampung atau masakan melayu seperti gulai lemak, masak kari memanglah aku masih banyak kena belajar. Percubaan pertama selalunya akan biasa2 aje..hehe. Takper, bak kata pepatah..Latihan membawa kesempurnaan..heeee

Malam tadi malas nak makan nasi, aku pun terfikir apa yang nak aku masak utk hidangan makan malam ni? Nanti suami balik apa yang nak dihidangkan? Hee akhirnya belek apa yang ada didapur tu aku akhirnya mengambil keputusan untuk masak kentang bakar berkeju ni...

Sangat senang dan hasilnya.wallaa..sedap. Cuma encik suami ada komen sikit "lada sulah ni jangan letak banyak sangat"

Pagi ni aku bawa ke office lebihan kentang tu dan bagi kawan merasa, sedap kata mereka (betul2 ikhlas punya pujian tau bukan cobaan). Semalam aku makan sewaktu panas-panas terasa pulak ladanya, tapi pagi ini aku rasa sedang2 sahaja. Tak tahulah kut bahagian yang kami mkn malam tadi tu terlebih lada hehehe...

Okaylah jom tgk resipi....

Bahan-Bahan

Ubi Kentang
Lada Sulah
Garam 
Parutan keju (guna cheddar pun boleh, cincang halus2)
Daun sup (optional)
Bawang goreng (optional)
Aluminium foil

**bahan2 di atas agak2 je sukatan mengikut kesukaan masing2. Bawang goreng tu aku mmg tkguna. Actually ni lebih kurang sama macam buat begedel cuma yang ini dibakar dan tiada ayam/daging (klu nk tambah pun aku rasa okay juga. Lagi sedap kalau ayam / daging itu digoreng terlebih dulu dan diracik2) Dan yang paling best..resipi ni menggunakan keju. Owh aku suka keju. Tapi hairannya kek keju tak pulak aku suka..hmmm..

Cara-cara: 

1) Kentang dibersihkan dan direbus dengan kulit2nya sekali.
2) Bila dan empuk, keluarkan dan biarkan sejuk sekejap.
3) Korek isi kentang tersebut tanpa 'merosakkan' kulitnya ya. Lakukan dengan berhati-hati. Ketepikan kulitnya (jangan dibuang)
4) Satukan semua isi kentang ke dalam mangkuk. Lenyekkan isinya. Kemudian masukkan lada sulah, garam, daun sup dan parutan keju. Gaul sebati.
5) Kemudian masukkan semula isi kentang ke dalam kulit kentang tadi. Padatkan. Kemudian balut ubi kentang dengan aluminium foil.
6) Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan 180darjah selama 15-20minit.
7) Dah masak tu taburkan lebihan keju parut di atas kentang tadi dan bakar semula kira-kira dalam 3-4minit (untuk mencairkn keju)
8) Okay, siap dihidang!

Selamat mencuba ya

Inilah rupanya kentang yang sudah sedia untuk dimasak. Yang sebelah kiri itu
sudah siap dibalut dengan aluminium foil.



Inilah rupanya kentang bakar berkeju yang telah siap

Tuesday, 27 September 2011

Pasta Bakar Mudah

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Haaa seperti yang dijanjikan, tadaaa... inilah dia resipi Pasta bakar mudah (Easy pasta bake) atau bolehlah kalau nk disebut makaroni bakar pun... so mari memasak!!



Bahan-Bahannya : - 

* 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek)
* 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu) 
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus 
* 1 labu bawang besar – dicincang halus 
* 1 tin sedang tomato puri 
* 1 tin cendawan butang - dihiris 
* 1 biji lada benggala - didadu 
* 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan 
* cili kisar- agak2 le if nk pedas 
* 1 batang carrot – didadu 
* 1 batang celery – didadu 
* 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket) 
* 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar) 
* Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan 
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) 
* Garam dan gula secukup rasa


 Bahan sos putih : 

* 2 sudu besar butter 
* 1 sudu besar tepung gandum 
* 2 kotak susu segar 
* Secubit lada hitam dan garam



Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.

3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.

4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.

5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.

8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.

9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas. Mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.

10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.

11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!


Note : Bahagian bwh pasta itu tak berapa nk melekat, so cer korang tambahkan telur sikit mungkin adunan itu akan melekat....